Thursday, April 9, 2009

Antara hasil-hasil karya:


Drama Pentas (Teater)

1)Adaptasi skrip monolog dari novel ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ karya asal Hamka.

2)Skrip pentas ‘Sembunyi Di Atas Noktah’, tersiar di Dewan Sastera keluaran Mac, April,Mei 2002.

3)Panel skrip pentas teater ‘Sita Dewi Bermimpi’ arahan Seniman Negara Hamzah Awang Mat.Panel skrip pentas teater ‘Tun Perak’ arahan Dr. Hatta Azad Khan.

4)Adaptasi cebisan biografi ke pentas monolog ‘Saya Dari Hujung Kota’ karya Dato’ Noordin Hassan bertajuk ‘Tanjung Menyentuh Bulan’.

5)Skrip pentas ‘Si Pemakan Hati’ tersiar di Dewan Sastera Mac & April 2004.


Drama TV /Rancangan majalah/Dokumentari

1)Skrip 30 episod ‘NurHikmah’ terbitan K& S Vision.

2)Skrip Telemovie ‘Teh, Limau Ais & Horoskop’ terbitan Kirawang Production.Skrip Telemovie ‘Canggih’ terbitan Kirawang Production.

3)Skrip Telemovie ‘Teksi’ terbitan Kirawang Production.

4)Skrip Dokudrama 13 episod ‘Jejak Pejuang’ terbitan Kirawang Production.

5)Skrip rancangan majalah wanita 13 episod WAJAH’ terbitan RTM (TV1)

6)Skrip Video Korporat Produk ‘Institut Biosains’-UPM.Skrip Video Pendek ‘Nurnazam’.Skrip Video Korporat ‘School Of Graduates’-UPM.Skrip Video Korporat ‘Pusat Alumni UPM’.

7)Skrip Video Korporat ‘Institut Gerontologi’Skrip 13 episod ‘Sutra, Bintang Yang Seribu’ terbitan Ardwerk Production untuk TV2.

8)Skrip dokumentari ‘SIRIH’Skrip Dokumentari ‘Amalan Gaya Hidup: Diet & Aktiviti Fizikal’Skrip dokumentari ‘Zapin’ terbitan Uniputra Production.

9)Skrip Drama TV Muzika sempena Aidilfitri 2004 ‘Syawal Datang Lagi’, terbitan SNP Production untuk RTM.

10)Skrip Telemovie Sempena Aidiladha2004, ‘Temukan Ertinya’ terbitan Ardwerk Production untuk RTM.

11)Skrip Video Korporat Imej Universiti Putra Malaysia 2005.

12)Skrip Telemovie Sempena Aidilfitri 2005, ‘Kalbu Unggu’ terbitan Ardwerk Production untuk RTM.

13)Skrip 16 episod ‘Akademi Cinta’ terbitan Excellent Pictures untuk RTM 2006.

14)Skrip Telemovie Adaptasi dari Novel Sastera Prof.Rahman Shaari bertajuk ‘Mufarakah’ untuk RTM.2006.


Judul : Trilogi Cinta
Pengarang : Siti Jasmina Ibrahim
Penerbit : Utusan Publishing & Distributors
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 186 halaman
Cetakan Pertama : 2002

Sinopsis:

Dengan cinta, ikatan lestari meniti generasi. Trilogi Cinta kisah survival tiga generasi menyatu dalam seni, memaknakan erti seni-terapi sukma yang menemukan peribadi dengan diri.


Umi Citra Cempaka, gadis yang senyumnya direnggut duka. Keluarganya pecah: Ibunya dalam pengasingan, ayahnya sendirian, datuk dan neneknya sudah berpulangan. Dengan cinta, dia kutip serpih duka dan dengan seni, diikatnya menjadi jitu.


Oleh cinta, di tangan Cempaka seni begitu dinamis, praktis-menterjemah olak duga, menyirna lara.


Judul: 6:20
Pengarang : Siti Jasmina Ibrahim
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 227
Cetakan Pertama : 2006


Sinopsis:


Sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap memperjuangkan satu gagasan. Mutlak. Ruang Sepi di Kelab WX2 menjadi stesen pertemuan, mengatur agenda. Licik dan bertenaga. Ahlinya adalah yang terpilih, terlatih, malah intelek belaka.


Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu per satu rahsia di sebalik gagasan itu. Sukma mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri setiap jam 6:20 membawa penemuan demi penemuan. Tanpa disedari keluarganya terangkul dalam misteri itu.

p/s:Novel ini memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005.





Sinopsis:


Hati manusia sukar diduga. Di mana-mana jua, bila-bila masa pun, kuasa dan kemewahan sentiasa menjadi raja. Hati yang hitam makin sukar diputihkan jika terlalu taasub akan kebesaran manusia. Namun, kalau cahaya iman menyinar, jika Allah mengizikkan, semua yang sukar akan menjadi senang. Apalah ada pada ramalan? Hanya manusia penakut yang mempercayainya. Itulah yang ingin dibuktikan oleh Raja Qaziq dalam hikayat Kota Lama. Itulah juga yang menjadi ilham kepada Qaziq, tokoh usahawan dan ahli korporat untuk mencari ayahnya dan mempertahankan tanah leluhurnya. Berjayakah mereka?


Dua zaman berbeza dengan watak yang hampir serupa, menyatukan dalam percitraan pelbagai kemusykilan. Bagaimana akhirannya? Hikayat Qaziq yang penuh teka-teki dan saspens, merentasi kesempitan lokaliti untuk mengangkat dan mempertahankan martabat dan warisan bangsa, menjawab segala-galanya. "

Judul : Ombak Sfera LotusPengarang : Siti Jasmina Ibrahim
Penerbit : Utusan Publishing & Distributors
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 215 halaman
Cetakan Pertama : 2004
Sinopsis:
Sepertinya ombak, dia akur kepada hukum alam. Hidupnya adalah alun yang mesti diteruskan, biar berkocak dalam gelora, walau melambung, walau digulung.Memang dia Ombak yang tunduk kepada fitrah. sabar, tenang, tekal. Juga gelisah, marah. rindu dan kasih.
Dan di Sfera Lotus, anak-anak muda yang dijauhkan daripada firtah, hakis manusiawi. Yang dihargai hanya teknologi. Bicara lebih senang dengan skrin. santai lebih enak di luang hologram.
Dia, Ombak Sfera Lotus, akur akan hukum alam. Tidak kenal letih dan kecewa, anak-anak generasinya mesti kembali ke akar jati diri. Manusiawi tak kan terbunuh oleh teknologi.




Wednesday, April 8, 2009

Idola, Sumber Inspirasi dan Dorongan.

Siti Jasmina mendapat inspirasi untuk melibatkan diri dalam bidang penulisan kreatif melalui bapa saudaranya yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam bidang ini. Bapa saudaranya juga banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar semasa beliau mula-mula berjinak-jinak dalam penulisan genre sastera.

Selain bapa saudara, ahli keluarga beliau juga banyak memberi sokongan dan dorongan biarpun pada permulaanya keluarga beliau kurang bersetuju semasa beliau ingin memohon memasuki ASK.

Dalam bidang kesusasteraan pula, beliau menjadikan beberapa orang penulis terkemuka sebagai sumber inspirasi.Antaranya penulis tempatan ialah Osman Putih yang pernah menjadi pensyarah beliau semasa di ASK dan juga Datuk A.Samad Said dan beberapa penulis luar seperti Hamka dengan karya Di Bawah Lindungan Bulan dan juga Khalil Gibran penulis dari Timur Tengah.

Karya-Karya Yang Pernah Dihasilkan
Selain aktif menulis novel, Siti Jasmina juga terlibat dalam pelbagai genre penulisan kreatif. Antaranya beliau juga pernah mencipta sajak yang bertajuk ‘Kembangan Impian’ yang pernah dideklamasikan semasa Anugerah Skrin di TV3 dan juga sebuah sajak yang bertemakan perihal nelayan yang disiarkan dalam Dewan Sastera.

Selain itu, beliau juga pernah menulis puisi ‘Rindu Bulan Semalam’ yang menerima hadiah penghargaan sempena Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi 2003. Beliau bukan saja menulis dalam genre novel dan sajak malah turut menulis dan menghasilkan cerpen, skrip drama pentas, TV dan filem dan juga lirik lagu.

Dalam penulisan cerpen, antara cerpen beliau yang pernah mendapat anugerah ialah Cerpen ‘Khabar Dari Jendela Ombak’ yang memenangi tempat pertama sempena Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi(PEN) 2003 dan beberapa buah cerpen beliau yang mendapat hadiah penghargaan ialah cerpen umum ‘Dunia Silam Dia’, ’Seru Fadillah’, cerpen remaja ‘Apabila Mata Enggan Berkasih’ dan lain-lain lagi.

Dalam penulisan skrip pula, hasil karya beliau yang mendapat Hadiah Sastera Berunsur Islam Ke-9, kategori Skrip Drama Pentas ialah ‘Cahaya Kandil Perindu’. Antara hasil karya tulisan Siti Jasmina menerusi Skrip Drama TV dan Skrip Filem pula ialah ‘Teh Limau Ais dan Horoskop’ dan ‘Kiambang Menadah Bulan’.

Beliau juga pernah menulis lirik ‘Rindu’ bersama Shireen Jasin, Anugerah Komposer 1998,TV3. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Siti Jasmina Ibrahim bukan saja berbakat besar dalam penulisan genre novel saja malah beliau juga merupakan penulis muda wanita yang versatile kerana boleh menulis dalam pelbagai genre sastera.

Cara Mengatasi Masalah Semasa Ketandusan Idea
Menurut Siti Jasmina, semasa menghasilkan sesuatu karya beliau kebiasaannya jarang sekali ketandusan idea. Hal ini kerana, ketika berkarya beliau berani menulis apa-apa sahaja dan berani menerokai apa jua bentuk pemikiran dan lapangan cara selagi tidak bertentangan dengan prinsip beliau bahawa karya itu adalah amanat Allah.
Misalnya dalam novel yang berjudul ‘6:20’, Siti Jasmina mendapat idea menghasilkan novel tersebut berdasarkan kebejatan gejala sosial yang berlaku yang semakin meruncing iaitu gejala ‘Mat Rempit’.
Oleh itu, beliau menggabungkan isu-isu berkaitan dengan idea-idea yang tercetus sebagai ilham dan seterusnya merangka tulang-tulang cerita dan mengadaptasikannya ke dalam bentuk penulisan novel maka terhasil ‘6:20’ yang berkisarkan kebebasan muda-mudi kini.
Siti Jasmina juga mempunyai ‘thrill’ tersendiri iaitu seperti penulis lain. Beliau juga akan mencari beberapa bahan bacaan sebagai rujukan ketika berkarya untuk memantapkan jalan cerita dan yang menariknya setiap kali berkarya beliau tidak pernah merancang setiap bahagian novel.
Proses Berkarya

Menurut Siti Jasmina, dalam menghasilkan sesuatu karya beliau selalunya menjadikan pengalaman sebagai asas dalam mencari idea. Antaranya melalui pengalaman bersama-sama teman dan pensyarah hebat sewaktu menuntut di ASK , pengalaman bersama anak seni yang datang daripada pelbagai aliran dan cara berkarya serta inspirasi mereka yang terbabit membuatkan beliau begitu mengagumi naluri dan keperibadian seni mereka.

Beliau juga gemar menonton, membaca pelbagai bahan bacaan serta memerhati dan melakukan ketiga-tiganya secara serentak dalam mencari idea. Hal ini kerana beliau menjadikan ilmu dan daya imaginasi sebagai penerapan dalam berkarya kerana ilmu tanpa imaginasi bukanlah karya kreatif.

Dalam proses berkarya, pada dasarnya beliau hanya merangka tulang-tulang cerita sahaja dan aspek-aspek lain dibina selari dengan terhasilnya novel dari permulan helaian ke helaian terakhir misalnya nama watak utama Umi Citra Cempaka hanya wujud dalam inspirasi beliau ketika beberapa bab sebelum penghujung novel.

Dalam penulisan novel juga, Siti Jasmina amat mementingkan watak dan perwatakan dalam sesebuah jalan cerita seperti yang terdapat dalam novel ‘Trilogi Cinta’, beliau mencari dan membina keperibadian diri watak seperti watak seorang penari, pengkaji seni dan pelakon teater seperti yang ada dalam diri watak-watak utama dalam novel tersebut.

Usia Semasa Mula Menulis


Siti Jasmina Ibrahim mula berminat dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi namun minatnya mula bercambah dan mula menulis ketika beliau menginjak ke usia remaja. Semuanya bermula ketika beliau masih menuntut di Akademi Seni Kebangsaan dan ketika itu beliau baru berusia 19 tahun.

Siti Jasmina telah menghasilkan sebuah cerpen berjudul ‘Dunia Silam Dia’ dan cerpen tersebut memenangi Hadiah Sayembara Penulisan YTL-Pulau Pinang sempena Bulan Kesusasteraan Pulau Pinang. Cerpen tersebut juga telah disiarkan di dalam akhbar Berita Harian,1995.