Tuesday, March 31, 2009


Profil Penulis

Siti Jasmina Binti Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Siti Jasmina Ibrahim di kalangan peminat novel, dilahirkan pada 3 April 1976. Anak kelahiran negeri Johor ini mendapat pendidikan formal di beberapa buah institusi. Beliau mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Taman Keramat, Kuala Lumpur dari tingkatan 1 hingga 3 dan meneruskan persekolahan sehingga tamat tingkatan 5 di MARA Education Foundation College.

Seterusnya beliau menyambung pengajian di Binary Business School di peringkat sijil Pengkhususan Komputer dan meneruskan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Kebangsaan. Kini, Siti Jasmina sedang menyambung pengajian dalam Program Eksekutif peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia.

Beliau juga merupakan penulis bebas dan profesional sejak tahun 1996 sehingga kini dan pernah menjawat beberapa jawatan sebagai Pengurus Kreatif di SQ Production dan juga Pengurus Kreatif dan Pemasaran Uniputra Production di UPM sejak tahun 1999 sehingga sekarang. Sebagai seorang penulis muda yang berbakat, genre penulisan beliau juga adalah pelbagai termasuklah penulisan cerpen, novel, puisi, drama pentas dan drama TV, lirik, artikel dan juga dokumentari.

Selayang Pandang, Secangkir Kata Bersama...


Siti Jasmina Ibrahim
Di celah-celah rimbunan kesusasteraan Melayu pada hari ini, terserlah satu nama yang semakin mematangkan beliau sebagai seorang penulis muda dalam bidang penulisan kreatif. Siti Jasmina Ibrahim, sejak penglibatan awal beliau dalam bidang ini yang bermula pada tahun 1996 terus menajamkan pena sehingga ke hari ini.
Siti Jasmina yang mula menulis sejak tahun1996 lagi, masih terus menampilkan karyanya dalam pelbagai genre sehingga kini. Nama beliau semakin terserlah apabila novel beliau yang berjudul ‘Trilogi Cinta’, novel remaja memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Melayu 2001 dan seterusnya memenangi hadiah utama Kategori Kesusasteraan Remaja Genre Novel dalam
Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003.
Biarpun novel berjudul cinta, namun cinta beliau dalam novel tersebut adalah luahan seni, rintihan dan sinar jiwa beliau sebagai penggiat seni.


Profil pendidikan

Cerita pasal pendidikan, aku mendapat pendidikan awal/pra sekolah di Tadika Kemas Semabok, Melaka. Kemudiannya aku berhijrah sekejap ke KL mengikut keluarga dan aku sempat memasuki darjah satu di Sekolah Convent Jalan Peel, KL. Pada tahun yang sama aku pulang semula ke melaka dan meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Semabok ( sesi pagi ) dan \Sekolah Agama Rakyat ( sesi petang ), di Melaka sehinggalah darjah 6. Seterusnya aku mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Mohd Redza, Seremban. Pendidikan di peringkat pra universiti pula, aku ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah, Seremban. Paling best pada tahun 2006, aku berjaya mendapat tawaran di UPM sehinggalah sekarang. Aku ditawarkan dengan bidang yang mengkhusus dalam Bahasa dan Linguistik Melayu peringkat bacelor di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.



Hai!

Nama aku Intan Diana Binti Abdul Aziz. Nama anggilan aku Intan atau Diana. Tapi kebiasaannya kawan-kawan dan kenalan panggil aku Diana. Umur aku pada tahun ini dah nak masuk 24 tahun pada bulan Jun akan datang ( hidup Gemini Gal! ). So, check it out! Aku dilahirkan pada 7 Jun 1985 di hHospital Besar Seremban. Almaklumlah aku ni anak jati Negeri Sembilan. Aku mempunyai 3 orang adik-beradik yang terdiri daripada kakak aku yang sulung( arwah kak Farah ), aku ( anak yang tengah ) dan satu-satunya 'hero', adik aku, Iskandar. Oklah, tadi cerita pasal adik-beradik, yang ni aku nak cerita sikit pasal kedua orang insan kesayangan aku ni. Enterframe la sikit, hehe... Abah aku En. Abdul Aziz berasal dari Johor sekarang dia jadi YB kat rumah sebab dah bersara. Ibu aku pula Pn. Nora seorang CEO di rumah lah sebab dia suri rumah ler, hehe... Ok, nak kenal aku cukup mudah sebab aku seorang yang ringkas atau orang selalu cakap 'simple'. aku cukup senang kalau ada orang nak berkenalan atau berkawan janji orang tu baik dan ikhlas. Cerita pasal hobi pula, aku suka la sangat dengan haiwan 'cute' yang satu ni. Apa lagi kucing la. aku mula pelihara kucing sejak aku kecil lagi la sebab famili aku memang jenis penyayang kat haiwan. Selain kucing ade lagi la macam ayam serama, ikan, burung sampailah kura-kura. Hmm... cerita punya cerita rasanya cukuplah ye. nak tau lagi jumpa la aku direct, heheh!Bye

Thursday, March 26, 2009

Hai semua!
Selamat datang dan terima kasih kerana sudi menjengah seketika ke halaman blog ini. Diharapkan anda semua enjoy!