Tuesday, March 31, 2009


Profil Penulis

Siti Jasmina Binti Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Siti Jasmina Ibrahim di kalangan peminat novel, dilahirkan pada 3 April 1976. Anak kelahiran negeri Johor ini mendapat pendidikan formal di beberapa buah institusi. Beliau mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Taman Keramat, Kuala Lumpur dari tingkatan 1 hingga 3 dan meneruskan persekolahan sehingga tamat tingkatan 5 di MARA Education Foundation College.

Seterusnya beliau menyambung pengajian di Binary Business School di peringkat sijil Pengkhususan Komputer dan meneruskan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Penulisan Kreatif di Akademi Seni Kebangsaan. Kini, Siti Jasmina sedang menyambung pengajian dalam Program Eksekutif peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di Universiti Putra Malaysia.

Beliau juga merupakan penulis bebas dan profesional sejak tahun 1996 sehingga kini dan pernah menjawat beberapa jawatan sebagai Pengurus Kreatif di SQ Production dan juga Pengurus Kreatif dan Pemasaran Uniputra Production di UPM sejak tahun 1999 sehingga sekarang. Sebagai seorang penulis muda yang berbakat, genre penulisan beliau juga adalah pelbagai termasuklah penulisan cerpen, novel, puisi, drama pentas dan drama TV, lirik, artikel dan juga dokumentari.

No comments:

Post a Comment