Wednesday, April 8, 2009

Proses Berkarya

Menurut Siti Jasmina, dalam menghasilkan sesuatu karya beliau selalunya menjadikan pengalaman sebagai asas dalam mencari idea. Antaranya melalui pengalaman bersama-sama teman dan pensyarah hebat sewaktu menuntut di ASK , pengalaman bersama anak seni yang datang daripada pelbagai aliran dan cara berkarya serta inspirasi mereka yang terbabit membuatkan beliau begitu mengagumi naluri dan keperibadian seni mereka.

Beliau juga gemar menonton, membaca pelbagai bahan bacaan serta memerhati dan melakukan ketiga-tiganya secara serentak dalam mencari idea. Hal ini kerana beliau menjadikan ilmu dan daya imaginasi sebagai penerapan dalam berkarya kerana ilmu tanpa imaginasi bukanlah karya kreatif.

Dalam proses berkarya, pada dasarnya beliau hanya merangka tulang-tulang cerita sahaja dan aspek-aspek lain dibina selari dengan terhasilnya novel dari permulan helaian ke helaian terakhir misalnya nama watak utama Umi Citra Cempaka hanya wujud dalam inspirasi beliau ketika beberapa bab sebelum penghujung novel.

Dalam penulisan novel juga, Siti Jasmina amat mementingkan watak dan perwatakan dalam sesebuah jalan cerita seperti yang terdapat dalam novel ‘Trilogi Cinta’, beliau mencari dan membina keperibadian diri watak seperti watak seorang penari, pengkaji seni dan pelakon teater seperti yang ada dalam diri watak-watak utama dalam novel tersebut.

No comments:

Post a Comment