Thursday, April 9, 2009

Dari kiri: Muhammad Kamarul, Hua Ji Pi, Namron, Siti Jasmina dan Abdul Kadir menerima trofi anugerah graduan cemerlang ASWARA.

LIMA GRADUAN ASWARA TERIMA ANUGERAH CEMERLANG

Lima graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah terpilih menerima anugerah graduan cemerlang ASWARA sempena perasmian universiti tersebut baru-baru ini.

Mereka ialah Muhammad Kamarulbahri Husin (muzik), Shahili Abdan atau lebih terkenal nam ron (teater), Siti Jasmina Ibrahim (penulisan), A. Aris Abdul Kadir (seni tari) dan Khor Jee Fei (muzik).

Ahli-ahli panel berpendapat tiada calon layak untuk dipertimbangkan bagi menerima anugerah tersebut bagi graduan jabatan filem dan video kerana calon yang dikemukakan belum lagi mempamirkan kecemerlangan yang dikehendaki dalam bidang industri memandangkan baru sahaja menamatkan pengajian.

Peranan Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyampaikan anugerah sulung tersebut. Turut menyampaikan ialah Menteri KeKKWA , Dato’ Seri Dr. Rais Yatim dan timbalan, Dato’ Wong Kam Hong.

Mereka menerima sijil penghargaan, trofi dan skim pembangunan penggiatan seni KeKKWA.

Antara pemilihan criteria pengambilan anugferah tersebut, graduan ASWARA yang berjaya menunjukkan kecermerlaagan dan membawa pembaharuan dalam bidang seni.

Graduan ASWARA yang berjaya mencipta kariah yang bermutu dan diterima masyarakat serta berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada pihak universiti dalam dan luar negara.



No comments:

Post a Comment