Wednesday, April 8, 2009

Cara Mengatasi Masalah Semasa Ketandusan Idea
Menurut Siti Jasmina, semasa menghasilkan sesuatu karya beliau kebiasaannya jarang sekali ketandusan idea. Hal ini kerana, ketika berkarya beliau berani menulis apa-apa sahaja dan berani menerokai apa jua bentuk pemikiran dan lapangan cara selagi tidak bertentangan dengan prinsip beliau bahawa karya itu adalah amanat Allah.
Misalnya dalam novel yang berjudul ‘6:20’, Siti Jasmina mendapat idea menghasilkan novel tersebut berdasarkan kebejatan gejala sosial yang berlaku yang semakin meruncing iaitu gejala ‘Mat Rempit’.
Oleh itu, beliau menggabungkan isu-isu berkaitan dengan idea-idea yang tercetus sebagai ilham dan seterusnya merangka tulang-tulang cerita dan mengadaptasikannya ke dalam bentuk penulisan novel maka terhasil ‘6:20’ yang berkisarkan kebebasan muda-mudi kini.
Siti Jasmina juga mempunyai ‘thrill’ tersendiri iaitu seperti penulis lain. Beliau juga akan mencari beberapa bahan bacaan sebagai rujukan ketika berkarya untuk memantapkan jalan cerita dan yang menariknya setiap kali berkarya beliau tidak pernah merancang setiap bahagian novel.

No comments:

Post a Comment