Wednesday, April 8, 2009

Karya-Karya Yang Pernah Dihasilkan
Selain aktif menulis novel, Siti Jasmina juga terlibat dalam pelbagai genre penulisan kreatif. Antaranya beliau juga pernah mencipta sajak yang bertajuk ‘Kembangan Impian’ yang pernah dideklamasikan semasa Anugerah Skrin di TV3 dan juga sebuah sajak yang bertemakan perihal nelayan yang disiarkan dalam Dewan Sastera.

Selain itu, beliau juga pernah menulis puisi ‘Rindu Bulan Semalam’ yang menerima hadiah penghargaan sempena Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi 2003. Beliau bukan saja menulis dalam genre novel dan sajak malah turut menulis dan menghasilkan cerpen, skrip drama pentas, TV dan filem dan juga lirik lagu.

Dalam penulisan cerpen, antara cerpen beliau yang pernah mendapat anugerah ialah Cerpen ‘Khabar Dari Jendela Ombak’ yang memenangi tempat pertama sempena Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi(PEN) 2003 dan beberapa buah cerpen beliau yang mendapat hadiah penghargaan ialah cerpen umum ‘Dunia Silam Dia’, ’Seru Fadillah’, cerpen remaja ‘Apabila Mata Enggan Berkasih’ dan lain-lain lagi.

Dalam penulisan skrip pula, hasil karya beliau yang mendapat Hadiah Sastera Berunsur Islam Ke-9, kategori Skrip Drama Pentas ialah ‘Cahaya Kandil Perindu’. Antara hasil karya tulisan Siti Jasmina menerusi Skrip Drama TV dan Skrip Filem pula ialah ‘Teh Limau Ais dan Horoskop’ dan ‘Kiambang Menadah Bulan’.

Beliau juga pernah menulis lirik ‘Rindu’ bersama Shireen Jasin, Anugerah Komposer 1998,TV3. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Siti Jasmina Ibrahim bukan saja berbakat besar dalam penulisan genre novel saja malah beliau juga merupakan penulis muda wanita yang versatile kerana boleh menulis dalam pelbagai genre sastera.

No comments:

Post a Comment