Thursday, April 9, 2009


Judul : Trilogi Cinta
Pengarang : Siti Jasmina Ibrahim
Penerbit : Utusan Publishing & Distributors
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 186 halaman
Cetakan Pertama : 2002

Sinopsis:

Dengan cinta, ikatan lestari meniti generasi. Trilogi Cinta kisah survival tiga generasi menyatu dalam seni, memaknakan erti seni-terapi sukma yang menemukan peribadi dengan diri.


Umi Citra Cempaka, gadis yang senyumnya direnggut duka. Keluarganya pecah: Ibunya dalam pengasingan, ayahnya sendirian, datuk dan neneknya sudah berpulangan. Dengan cinta, dia kutip serpih duka dan dengan seni, diikatnya menjadi jitu.


Oleh cinta, di tangan Cempaka seni begitu dinamis, praktis-menterjemah olak duga, menyirna lara.


Judul: 6:20
Pengarang : Siti Jasmina Ibrahim
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 227
Cetakan Pertama : 2006


Sinopsis:


Sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap memperjuangkan satu gagasan. Mutlak. Ruang Sepi di Kelab WX2 menjadi stesen pertemuan, mengatur agenda. Licik dan bertenaga. Ahlinya adalah yang terpilih, terlatih, malah intelek belaka.


Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu per satu rahsia di sebalik gagasan itu. Sukma mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri setiap jam 6:20 membawa penemuan demi penemuan. Tanpa disedari keluarganya terangkul dalam misteri itu.

p/s:Novel ini memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005.





Sinopsis:


Hati manusia sukar diduga. Di mana-mana jua, bila-bila masa pun, kuasa dan kemewahan sentiasa menjadi raja. Hati yang hitam makin sukar diputihkan jika terlalu taasub akan kebesaran manusia. Namun, kalau cahaya iman menyinar, jika Allah mengizikkan, semua yang sukar akan menjadi senang. Apalah ada pada ramalan? Hanya manusia penakut yang mempercayainya. Itulah yang ingin dibuktikan oleh Raja Qaziq dalam hikayat Kota Lama. Itulah juga yang menjadi ilham kepada Qaziq, tokoh usahawan dan ahli korporat untuk mencari ayahnya dan mempertahankan tanah leluhurnya. Berjayakah mereka?


Dua zaman berbeza dengan watak yang hampir serupa, menyatukan dalam percitraan pelbagai kemusykilan. Bagaimana akhirannya? Hikayat Qaziq yang penuh teka-teki dan saspens, merentasi kesempitan lokaliti untuk mengangkat dan mempertahankan martabat dan warisan bangsa, menjawab segala-galanya. "

Judul : Ombak Sfera LotusPengarang : Siti Jasmina Ibrahim
Penerbit : Utusan Publishing & Distributors
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 215 halaman
Cetakan Pertama : 2004
Sinopsis:
Sepertinya ombak, dia akur kepada hukum alam. Hidupnya adalah alun yang mesti diteruskan, biar berkocak dalam gelora, walau melambung, walau digulung.Memang dia Ombak yang tunduk kepada fitrah. sabar, tenang, tekal. Juga gelisah, marah. rindu dan kasih.
Dan di Sfera Lotus, anak-anak muda yang dijauhkan daripada firtah, hakis manusiawi. Yang dihargai hanya teknologi. Bicara lebih senang dengan skrin. santai lebih enak di luang hologram.
Dia, Ombak Sfera Lotus, akur akan hukum alam. Tidak kenal letih dan kecewa, anak-anak generasinya mesti kembali ke akar jati diri. Manusiawi tak kan terbunuh oleh teknologi.




No comments:

Post a Comment