Thursday, April 9, 2009

' Ketika & Kalimat '
Pada semester kedua sesi 2008/2009, aku mendaftarkan diri untuk subjek BBM 3410: Bahasa dalam Multimedia. Subjek ini merupakan subjek wajib kepada semua pelajar yang mengambil major Bahasa dan Linguistik Melayu sebagai syarat untuk bergraduat. Aku mengambil kursus ini semasa di semester 6. Semester 6? Eh!bukan ke aku tengah amik ke sekarang? haha! Dengar je nama kursus ni, Bahasa dalam Multimedia, pergh! memang berat la kepala aku ni berkira-kira yang subjek ni comform la susah. Sebabnya dah nama pun Bahasa dalam Multimedia mestilah banyak guna computer. Pada hari pertama kelas bermula, aku datang sorang sebab geng-geng aku yang lain entah ke mana pun aku tak tau. Cik Gading pulak tak balik-balik lagi dari Sarawak. Ai, tak reti2 ke budak-budak ni nak masuk balik? Masa hari first kelas tu, masuklah pensyarahnye datang mengajar. Masa tu tak kenal lagi siapakah gerangannya. Cuma tahu nama je. Kalau diikutkan dalam buku pendaftaran kursus, pensyarah yang akan mengajar kumpulan 1 ialah Dr. Nor Mahdiah alih-alih yang masuknya nak tahu siapa? Pensyarah yang mengajar kumpulan 2, Dr. Normaliza. Camne aku tau? Ha, aku tau sebab Dr. Normalizalah yang perkenalkan diri dia pada kami hari tu. Dr. kata dia cuma gantikan Dr. Normahdiah semntara waktu sebab beliau sedang cuti sambung belajar. Maka pada hari kejadian itu sehinggalah seterusnya Dr. Normaliza yang ambil terus kelas tu sampilah minggu 14. Wah!wah! rebut tahkta nampak Dr. jangan marah. Hari kejadian tu juga Dr. bagi macam-macam maklumat pasal kelas. Suruh cari ahli kumpulan dan mana kumpulan sekali then siap suruh save nama ahli kumpulan dalam komputer lagi hari tu jugak. Memang experess. So, sebab geng-geng aku tak datang so aku sms la dorang tapi ada miscommunication sikit. Mula-mula si Adda cakap nak kami satu kumpulan tapi tak cukup seorang. Alih-alih aku dapat msg dia kata dia, Yaya dan Et satu group denagn Acap, Mul dan Fadh. Sudah! mana pulak aku nak cari grup member lagi empat orang ni? Pening-pening! Dipendekkan cerita akhirnya kata sepakat telah diambil dan dipersetujui antara aku, Acap dan all d geng maka terciptalah nama kumpulan Gema Genderang yang terdiri daripada aku Diana , Gading, Ety, Adda, Yaya dan ahli lelaki tunggal kumpulan kami merangkap ketua, Acap. Ha, Gema Genderang? Menatang apa tu? Entah, apa maknanya aku pn tak tau. Yaya punya idea daa…Maka habis sudah minggu pertama punya cerita.

Minggu berikutnya, barulah semua grup member kumpulan aku complete dan kira satu kelas la penuh sebab ramai yang dah balik. ha! barulah nampak muka tapi ada juga aku tak pernah nampak. Minggu kedua tu dah mula belajar. First ilmu mUltimedia yang masuk dalam otak aku ni ialah apa ya?. Aku pun tak pasti, lupa daa tapi yang pastinya dekat depan Dr. terang punyalah terang ni tapi mak oi punyalah macam lipas kudungnya tak sempat nak salin nota pun. Alkisahnya Dr. kata kelas dia kena express. So, Dr. ckp tak ada masa dia nak tunggu kami ni terhegeh-hegeh salin nota. Buang masa je! Jadi alternatifnya dia suruh budak-budak ni ambil nota dengan clik!clik!. Ha apa yang cliknya? Ambil gambarlah tak kisahlah guna kamera digital ke kamera hp ke. Sebab Dr. cakap dah nama pun kelas multimedia. Kenalah aplikasi apa jua medium/ gadjet multimedia. So, masing-masing pun dok sibuklah ambil nota dengan kamera hp ialah kelas tu aku tegok dah macam penuh dengan paparazzi pulak sebabnya Dr. tak transfer notanya kat komputer. Alamak, nasib! Ai, Dr. nak enterframe gak ke?hehe…Minggu ni cuma belajar je. Belum buat apa-apa aktiviti sebab Dr. sibuk suruh kami semua cari dan cukupkan ahli kumpulan masing-masing. Dr. cakap lagi setiap minggu dalam kelas semua ahli kumpulan wajib ada. walau seorang je tak complete, alamatnya markah kumpulan burn la. Nak tahu kenapa? Pasal Dr. tak ambil kedatangan guna rekod kedatangan. Alah yang kena tandatangan tu. So, Dr. percaya habis-habis pada kami, jadi atas kepercayaan itu dia akan tahu siapa tak datang sebabnya kalau time dia panggil grup tu berdiri alih-alih tak cukup korum, so apalagi dia tahulah siapa tak datang. Bijak bukan?. Tak pernah ada lagi pensyarah yang ada idea sebijak itu nak pastikan semua pelajar datang tapi memang bagus Dr. Normaliza buat macam tu. Yelah kalau tak budak-budak ni malas datang kelas. dan Alhamdulillah semua ahli grup aku menghadirkan diri. Terima kasih kawan-kawan!

Ha!minggu ketiga, tugasan pertama telah diberi. Nak tahu apa? Setiap kumpulan kena buat kad kreatif berdasarkan 5 asas grafik. Sebelum aktiviti dalam kelas dijalankan, Dr. terangkan dulu apa itu asas grafik. Mula-mula aku sepatah haram pun tak tau. Sekarang petik je jari aku daH boleh hafal dah, 5 unsur tersebut ialah mudah, warna, kesesuaian, keseimbangan dan . Selepas kami diterangkan dengan seringkas dan sepadat mungkin maka bermulalah aktiviti membuat kad kreatif berdasrkan 5 asas tadi setengah jam selepas itu. Sebelum kelas Dr. ada tampal notis depan ofis suruh kami bawa gunting, gam, majalah, dan 5 keping mounting board yang dah siap dipotong. semua bahan-bahan tu Acap yang beli. Lebih haru Dr. cuma bagi masa sampai pukul 2, kumpulan yang tak siap lepas waktu tu dia tak nak terima. Apalagi kelam-kabut la semua. aku n the geng cari port kat belakang. Masing-masing duduk bersila. Mula-mula tu pening jugak. camne nak buat ni? fikir punya fikir datanglah macam-macam idea dari 6 otak kami yang sememangnya kreatif. haha! tapi ada dua masalahlah pulak, satu Dr. baru caakp dalam kelas dia nak majalah saiz A4. Yang kita orang ni bawak tak cukup syarat la tapi nasib baik Adda terbawak majalah spare. Naisb baik! Satu hal lagi gunting tak cukup. Nak gunanya ramai. Memang kabutlah. Dahlah Dr. nak siap on time, lepas tu dia nak kerja yang kemas dan bersih. Buat punya buat dan akhirnya…hasilnya sangat berbaloi dan memuaskan walaupun penat. Kumpulan kami dapat A+….seronok bukan main walaupun bekerja dalam tekanan. Kata Dr. Normaliza, biasakan bekerja di bawah tekanan. Dan aku akui, hasilnya kita akan menjadi lebih disiplin dalam melaksanakan tugasan.

Minggu seterusnya seperti biasa disamping tugasan yang tersedia menanti, kami juga perlulah menyalin nota-nota yang sangat penting untuk input yang akan digunakan untuk exam final. Pelbagai ragam ketika menyalin nota. Ada yang menulis, ada yang menggunakan kamera digital, ada yang menggunakan kamera handphone. kata Dr. Normaliza dah ambil kelas dia kenalah aplikasikan multimedia dalam kelasnya. Maka berlumba-lumbalah kami gunakan kamera. Kerana kami semua takkan sempat nak menyalin notanya. tapi aku salin by hand jela. tak mampu nak pakai kamera. haha! Dan nak tahu kenapa beria sangat kami salin nota? Sebabnya, selepas sesi pembelajaran, kami akan disoal. Kumpulan mana yang aktif dalam sesi soal jawab itu diberikan markah. Sampaikan, kalau kumpulan itu ada ahli kumpulan nya bangun lambat untuk menjawab pun boleh jadi isu. Terus diberikan peluang kepada kumpulan lain. Dr. Normaliza tak suka lambat-lambat! Dr. sangat mementingkan MASA. Jadi berebut-rebutlah kami untuk menjawab. kumpulan aku pun macam tu jugaklah. Yang selalu jadi mangsa Acap yang selalu kena jawab. Nasib badanlah Acap. Grup lain ada yang berdiri, ada yang ternganga bila disoal, ada pula yang jawab salah terus buat muka frust dan dan Macam-macam ragam! tetapi semua itu menyeronokkan….

Minggu berikutnya, tugasan kedua pula kami diminta untuk mengambil gambar. Aik jangan ingat ambil gambar untuk suka-suka. Dr. bagi masa dalam kelas untuk pergi merayau satu fakulti carilah pemandangan yang menarik tapi ada syaratnya, semua gambar yang diambil haruslah bertemakan peribahasa Melayu. Tak kisahlah pepatah ke, bidalan ke simpulan bahasa ke janji jangan lari daripada tema yang ditetapkan. Ada lagi syarat. Selepas fotoshoot gambar-gambar yang dikehendaki, kami diminta untuk membuat pembentangan tersebut dalam bentuk power point sebanyak 20 slide. Dengar macam senang tapi bila dah buat mak oi tensionnya. Apalagi aku n d geng pergilah keliling satu fakulti semata-mata nak cari port yang boleh dibuat shoot terbaik. Dalam cuaca yang panas membara tu, kami endahkan saja semata-mata demi tugasan. Pose sana, snap sini ada menjadi ada tak buat kami makin serabut. Mana taknya, cakap hanya boleh ambil gambar dekat fakultii je. kami yang lurus bendul ni pun ikut jela. Takut buat salah punya pasal. Esoknya kami datang lagi ke fakulti nak snap gambar-gambar yang terbaik. Adoi penat aku. Dahlah keje banyak. Macam buang masa je semata-mata nak ambil gambar tapi demi tugas punya pasal aku sedia berkhidmat. Alih-alih time present ada je grup lain yang ambil gambar kat kolej masing-masing. Aik mana aci. Sebelum present tu, punyalah gelabah fikir nak masukkan gambar apa dan peribahasa apa yang sesuai. Ingat senang ke nak buat slide bukan setakat masukkan gambar tapi kena tambah effect dan lagu. Cerita pasal lagu, satu hal, Dr. cakap dia cuma nak lagu yang ada muzik je. Cari punya cari tak jumpa alih-alih kami masukkan lagu tema bola Fifa. Hentam sajalah. Hari present, semua cuak manalah tahu lagu tak keluar ke tapi semua nasib baik slide dapat dimainkan. Lega! yang kelakarnya adalah satu grup ni lari dari tema. Semua orang pelik. Diorang ni faham bahasa Melayu ke tak eh? Jangan marah ya andai kata kamu tahu siapakah geranggannya.


Aktiviti ketiga yang diberikan pada minggu seterusnya ialah kena buat E-Majalah pulak. Justeru, kami diarahkan untuk membuat E-majalah kami sendiri. Jadi setiap kumpulan seharusnya membawa 5 helai kertas bersaiz A3 dan pensil warna. Karja pun bermula…. Dan langkah-langkah untuk menghasilkan E-Majalah sangatlah rumit. Kami seharusnya memilih tema bagi E-Majalah kami. Atas persetujuan Ahli Gema Genderang, Tema Alam Fauna menjadi pilihan. Nak buat tema lain masing-masing tak reti pulak nak melukis. Manakan tidak, Acap aje yang pandai melukis. Acap cakap yang dia boleh melukis gambar bianatang. Nasiblah dia pandai melukis gambar haiwan. Kreatif juga kawan aku yang sorang ni! Tapi kawan-kawan lain pun kreatif juga termasuk aku yang kreatif bab-bab mewarna jela…Eh, ingat senang ke nak mewarna. Selepas memilih tema, kami mulalah reka papan cerita bagi E-Majalah. Konsep papan cerita dianggap sebagai input dan maklumat bagi sesuatu kandungan yang diperlukan. Papan cerita yang kami hasilkan perlulah menepati aspek multimedia seperti teks, grafik, animasi, dan audio. Selepas Acap selesai melukis, kami semua akan mengambil tugas masing2 dalam bab mewarna pula. Bayangkanlah, Dr. Normaliza cuma mahu pensil warna sahaja. Tidak boleh guna magik color, katanya nanti warna tu tembus. Dah tak cantik nanti. Letih betul tangan ni mewarna. Sampaikan tak cukup masa. Bayang sajalah bekerja bawah tekanan. Jam dah lepas pukul 2 tapi kerja tak siap lagi. Kami terpaksa sambung kerja tu di latar siswa pula. Sebabnya kelas yang kami guna, ada kelas lain pula. Bertungkus lumus aku n d geng menyiapkan. Orang lain yang berada di latar siswa memandang kami dengan peliknya. Mesti mereka tertanya-tanya, yang kami semua ni tengah siapkan kerja untuk subjek apa la kan…. siap dengan mewarna macam budak tadika la pulak. Nak buat macam mana dah memang kena buat macamtu, tapi kelakar jugak E-majalah kami macam buku kanak-kanak la pulak. tapi seronok. Akhirnya dapat juga kami hantar pada Dr. Normaliza petang itu. Apa yang penting tak kena reject! Penat oh nak buat semula…. tak sanggup!

Minggu berikutnya tugasan yang diberikan agak mencabar kerana kami perlu membuat satu esei yang perlu ditaip di dalam Mic. Word sebanyak 10 halaman dan hantar esei tesebut kepada Dr.Normaliza pada hari itu juga sebelum jam 2 petang melalui email. Setelah membuat cabutan oleh ketua kumpulan kami, akhirnya tajuk yang menjadi milik kami ialah “Peranan multimedia terhadap Alam Sekitar dan Kanak-kanak Istimewa”. Apa nak taip ni? Dahlah Dr. tak bagi copy dari mana-mana, kena buat by own. Nasib baiklah Ety memang ada mengkaji golongan ini dalam projek ilmiahnya. Jadi dapatlah kami info sedikit sebanyak tantang tajuk tu. Ditambah dengan pembacaan luas Acap, dapatlah kami merangka dan menaip esei berkenaan. Aku pulak cubalah sms room mate sebab dia amik pembangunan manusia dan ada belajar tentang psikologi kanak-kanak. Namun, sejarah berulang kembali, apabila kumpulan kami hanya membawa satu laptop aje. Adoi, parah-parah . Lepas ni kalau Dr. Normaliza minta bawa apa-apa lagi jadi kenalah bersedia, masing-masing bawalah setiap seorang supaya tak berlaku insiden sebegini. Bayangkanlah macam mana sterssnya dahlah kena reka sendiri makklumat guna logik akal kena pulak menaip dengan pantas cuma dengan satu laptop je, kerana bahan yang nak ditaip begitu banyak dan terhad masanya. Nasiblah Ety dan Yaya laju menaip. Akhirnya siap juga tugasan tersebut dengan komitmen semua yang terpaksa bekerja bawah tekanan. Yang bagusnya, kerja itu masih boleh siap dengan jayanya. Dan kini aku semakin faham dengan apa yang Dr. Normaliza terapkan dalam pembelajaran kami sepanjang beberapa minggu belajar.

Ada dua minggu tu, minggu petama Dr. Normaliza tidak masuk kelas, sebab dr ada meeting so Dr. akan ambil alih semula kelas lepas pukul satu jadi Dr Arbaei Sujud a.k.a ketua jabatan yang menggantikan kuliah Dr. Normaliza. Pelbagai pengalaman menarik beliau kongsikan dengan kami. Lebih seronok kami dapat melihat bagaimana sesebuah kerja komunikasi dilakukan. Yelah. Kami kan budak bahasa, jarang benar terdedah dengan kursus komunikasi yang aku rasa amat menarik itu. Ada lagi satu minggu itu, Dr. tak dapat masuk kelas dan digantikan juga oleh Dr. Arbaie. Cara pengajaran Dr. Arbaie sangatlah berbeza dengan cara Dr. Normaliza. Dr. Arbaie lebih kepada pengajaran secara formal dan tidak menyelitkan aktiviti-aktiviti yang bersifat praktikal. Sejujurnya, aku lebih gemarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kurang formal sepertimana penyampaian Dr. Normaliza yang lebih sempoi. Tapi, ok jugak kelas Dr. Arbaie. Dalam kelas Dr Arbai e ni, Kami disuruh menyediakan papan cerita berdasarkan tema Tsunami. Papan cerita agak menarik prosesnya untuk kami bina. Papan cerita memerlukan beberapa lapis a.k.a layer untuk mejadikannya sempurna. Dalam papan cerita, perlu dimasukkan teks, gambar, video, animasi dan pelbagai lagi. Dr. Arbaie bagi masa seminggu untuk siapkan dan perlu dihantar ke biliknya pada hari Selasa sebab rabu cuti. Namun, kami hanya diminta untuk membina papan cerita yang asas saja. Selepas dah siap taip dalam masa satu malam je, tugasan tesesebut dihantar pada selasa depannya. yang tak bestnya, kami menerima feedback yang kurang menyeronokkan. Dr. Arbaie tidak berpuas hati dengan hasil kerja kami. Katanya kami buat kerja tak bersungguh-sungguh dan tak menepati citarasanya. Hurmmm,,, nak buat macam mana, kami dah buat sebaik mungkin dan tak tahu pula yang ianya memerlukan data secara detail dan mendalam. tapi tak mengapalah.

Tugasan yang berikutnya ialah kami pelu membuat satu aktiviti program amal di rumah anak-anak yatim. Kami diarahkan oleh Dr. Normaliza untuk membuat pembentangan program amal ini pada minggu ke 13. Jadi dalam minggu ke7 kami satu kumpulan sepakat nak pergi melawat rumah anak-anak yatim. Pada hari sabtu 28 Feb seawal jam 8 pagi lagi kami dah mula bertolak menuju ke rumah anak-anak yatim Penyayang Nur Iman di Setapak. Seharian kami satu kumpulan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk bersama mereka. Oleh itu, kerja-kerja pun bermula. Acap sebagai pengarah program menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. dialah yang menghubungi pengasas rumah pPenyayang Nur Iman atas cadangan aku yang pernah ke sana, draf surat dan sebagainya. Aku pulak ditugaskan untuk mencari cenderahati sebagai tanda terima kasih kami atas kerjasama yang diberikan oleh rumah tersebut. Cari punya cari ingat nak bagi plak UPM yang ada frame tapi mahal pulak. Last-last kami minta sumbangan daripada pihak fakulti dan akhirnya kami dapat sumbangan juga. Alhamduliialh sebab kami pun kekurangan bajet. Itupun kami dengan sepakat telah mengeluarkan RM80 ringgit seorang. Walaupun nilainya sedikit, melalui duit yang dikumpul itu jugalah kami dapat menyediakan makan tengahari buat adik-adik dan petugas Asrama Penyanyang Nur Iman, Setapak. Duit yang selebihnya pula kami belikan makanan ringan sebagai isi goodie beg dan macam-macam lagi kami belikan sebagai tambahan seperti air kotak, snak, gula-gula dan sumbangan daripada pihak PDRM berupa sapu tangan dan kotak mini first-aid. Sepanjang di rumah tersebut, Pelbagai aktiviti dijalankan khas buat mereka. Kami telah melakukan aktiviti gotong royong, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sembahyang berjemaah, menari dan pelbagai lagi. Program ini telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati aku. Masakan tidak hidup aku lebih beruntung kerana punya ibu dan ayah tetapi mereka kecil lagi sudah hidup terasing dari keluarga. Di sana aku cuba menahan diri daripada menangis, walaupun sedih tetapi mengenangkan nasib anak-anak malang ini aku cuba tersenyum supaya mereka juga akan berasa gembira. Betapa besarnya nikmat buat mereka apabila kami menyediakan makanan tengahari buat mereka, mereka menyatakan walaupun kecil apa yang kami buat untuk mereka, namun besar nikmatnya dalam diri mereka. Kanak-kanak ini seakan mengerti tentang hidup. Mereka yang kurang kasih sayang ibu bapa, menerima dan memupuk kasih sayang itu dalam kalangan mereka sendiri. Kehadiran kami walaupun sekali bagai sinar yang menggembirakan mereka pada hari itu. Mereka seronok dan terhibur dengan aktiviti kami. Mudahan hidup kami dan mereka akan diberkati oleh-Nya, Amin dan kerja itu bukan berakhir setakat di situ. Setelah selesai , kami perlu memilih gambar dan video yang bersesuai untuk kami bentangkan dalam kelas nanti. Jadi kami satu kumpulan pun mula membuat kerja-kerja tersebut. Acap yang terror mengenai movie maker pun memainkan peranannya. Untuk tugasan ini, kami perlu menyediakan video yang hanya 7 minit sahaja. Jadi pemilihan gambar termasuk video yang menarik dan baik perlu dilakukan agar dapat meninggalkan kesan kepada penonton. habis sudah ceriattentang tugasan dalam kelas.

Selain kuliah, kursus Bahasa dalam Multimedia ni juga ada amali. Jadual amali aku setiap khamis pukul 5-7 petang maklumlah 2 jam kredit. Tutor yang mengajar kumpulan 2 ini ialah Cik Aliaa pensyarah dari luar. Hari pertama masuk lab, punyalah excited tapi yang menggerunkan macam mana dengan tutor yang akan mengajar kami nanti. Baik ke dia, garang ke tidak? tapi aku akui pada mulanya memang Cik Aliaa ni garang. Tengok orang macam nak makan je. Mana taknya dia dah pesan awal-awal dalam lab cuma hpnye saja yang boleh berbunyi tapi entah macam mana aku terlupa nak silent hp. Tit!Tit! spoilt la orang yang sms aku petang tu, tak pasal-pasal aku kena tegur dengan Cik Aliaa tapi aku masih boleh tersenyum lagi waktu tu cover malu, haha. Tugasan pertama dalam tutorial ni kena buat power point berdasarkan hal ehwal dunia. Aik? Dalam ni pun ada kerja… memang banyak kerja. Sapa-sapa yang tahu, tak apa. Kalau tak dapat A untuk kursus ini tak tahulah. Bayangkanlah, tajuk pula Cik Aliaa nak masa tu jugak dan tajuk tak boleh sama dengan tajuk orang lain dah buat sebelumnya. Adoi nak cari tajuk apa? Last-last aku pilih tajuk pasal akupuntur. Apa pulak tu? Ala pasal terapi gunakan jarum dengan bekam, kan satu dunia tahu pasal perubatan alternatif tu. Mula-mula aku nak buat pasal derma organ tapi gambar tak banyak pula alih tu yang aku tukar. Nasiblah Cik Aliaa approve dan akhirnya selepas 4 minggu, nasib baiklah masa penilaian persembahan power point yang aku buat berjaya dimainkan . Cuma terdetik rasa kasihan kepada rakan-rakan yang mempunyai masalah dalam persembahan power point mereka. Disebabkan lagu mereka tidak boleh dimainkan maka mereka tidak berpeluang untuk membuat persembahan.

Assignment berikutnya, kami diarahkan untuk membuat kalendar sendiri dengan menggunakan software Adobe Photoshop. Pertama kali aku gunakan perisian ini, memang gelabah gila la maklumlah aku ni bukannya mahir dengan perisian multimedia ni. Namun walau apa pun cabarannya dalam kelas ini aku berpeluang meningkatkan kemahiran aku dalam multimedia dari 0 hinggalah dah tahu macam-macam. Nak buat kalendar ni bukan mudah. Kena buat layer lah, add effect la, nk crop gambar lah lagilah aku tak reti. Bukan apa leceh nak crop gambar ni sampai berkali-kali baru jadi. Dahlah bukannya 1 kalendar tapi 12 bulan. Walaupun agak leceh, namun bila siapnya kalendar yang aku hasilkan sangatlah berbaloi dan rasa puas hati dapat menghasilkan kalendar yang terpampang gambar aku sendiri. Banggalah jugak. Dah siap kalendar tu kena lah pulak pergi print kat kedai. Sudah. Dahlah kedainya agak jauh, kalau setakat ss kecik tu bolehlah jugak aku jalan kaki. tak tahu nak minta tolong siapa, aku pun mintaklah kawan aku Azie tolong hantar kejap naik motor dia sampailah aku terpaksa masuk kelas Dr.Vijaya lewat sikit. Taukeh kedai cakap aku boleh ambil kalendar hari rabu petang. Ah, nasib, Terima kasih Azie! Dah hantar print kenalah menggunakan duit. Wah! pokai-pokai…. Kos kalendar ni saja sudah RM27. Harap-harap Dr. boleh beri keputusan yang baik nanti. Amin! Tempoh masa menghasilkan kalendar ini selama 4 minggu. Berbaloilah kerana pembuatannya sangat rumit. 4 minggu yang dilalui pun berlalu, tibalah masa untuk penyerahan kalendar kepada Cik Aliaa.

Seterusnya, kami ada lagi kerja yang menanti. Masa yang ditunggu-tunggu, rasa berdebar aku bila nak buat laman web. Macam aku dah katakan tadi, sememangnya aku ni kurang ilmu mengenai multimedia ni. Selalu aje fikirkan yang kerja-kerja multimedia ni susah. Macam-macam istilah IT yang aku baru tahu. Daripada tak pernah dengar istilah link, hyperlink, baru aku jadi tahu. Dan sebenarnya, bila kita rasa ingin belajar sesuatu dan bersungguh-sungguh, pasti kerja yang dilakukan berjaya. Web kami perlu hasilkan adalah secara offline je.. kan mudah begitu… Dalam web tersebut, antara elemen-elemen atau unsure-unsur yang perlu ada adalah tentang diri sendiri. Dalam web yang aku hasilkan, aku letakkan butir-butir peribadi aku, tahap pendidikan aku, galeri gambar aku, gambar keluarga aku, gambar dengan kawan-kawan, nukilan hasil kreatif aku dan banyak lagilah. Setiap new page yang dihasilkan perlulah di link satu persatu. Barulah nanti di frontpage aku boleh link kepada pendidikan, galeri dan sebagainya. Tapi akhirnya, baiki punya baiki…siap gak web aku. Cik Aliaa kata okey! Senang hati bila mendengar. Lama-kelamaan, hati aku mula berdetik…mengatakan Cik Alia ni baik hati orangnye… Saja je kot tunjuk garang, tak nak kami semua pijak kepala! Apa pun Cik Aliaa memang tutor yang bagus. Macam-macam ilmu yang bila kita tak paham, Cik Aliaa tunjukkan. Website adalah berkisarkan tentang diri sendiri. Bentuk web site bergantung kepada kreativiti diri sendiri. Bentuk-bentuknya semua dah memang ada dalam komputer, just select je mana suka. Mudah bukan? Tidaklah susah mana pun untuk membina sebuah laman web cuma kita mestilah tahu asas-asas penciptaan laman web. Lapas itu, semuanya menjadi lebih mudah. Tapi, apa yang agak rumit ialah untuk link kan item-item antara satu sama lain. Secara rumusnya, pembinaan laman web ini menambahkan lagi pengetahuan aku tentang ilmu multimedia. Terima kasih Cik Aliaa.

Tugasan yang terakhir ialah membuat blog sendiri. Blog yang dicipta mestilah berdasarkan seorang tokoh penulisan dalam bidang bahasa Melayu. Dah nama pun Bahasa dalam Multimedia. Jadi, untuk tugasan terakhir ini aku tak menemuramah mana-mana tokoh penulisan pun sebab aku gunakan semula assigment wawancara aku yang dulu masa sems satu. Senang kerja. hehe.. tapi masalahnya Cik Aliaa nak setiap pelajar bergambar dengan tokoh tersebut. Itu tak jadi hal. Yang jadi masalahnya, aku pun tak pasti gambar aku dengan penulis Siti Jasmina tu ada ke tak. nak tak nak sebagai back up aku pun pergilah interview Dr. Lim Swee Tin. Minggu tu jugak aku balik rumah cari gambar. Selamat nasib baik gambar tu ada lagi cuma tinggal untuk scan je. gambar dah ada, bahan pun dah ada, apa lagi terus aku sms Cik Aliaa minta tukar tokoh. Nasib baik dIa kata boleh. Berbalik pada blog, post yang mesti ada dalam blog ialah sebanyak 10 post dan 1 post adalah tentang diri sendiri. Sebenarnya, menulis blog ini sangatlah menarik dan mudah je. Sebab, bagi mereka yang gemar menulis, blog merupakan salah satu wadahnya. Seperti aku, yang memang bukan kategori talkative maka blog merupakan jalan yang terbaik untuk aku meluahkan perasaan dan menyatakan tentang sesuatu idea dan bestnya dalam blog kita boleh tulis macam-macam tak kisah tentang apa pun.
Dalam kelas Dr. Normaliza, pada minggu yang terakhir sebabnya minggu depan tu kelas tak ada sebab Dr, ada hal. Pada kelas terakhir beliau, ada satu aktiviti dalam kelas yang terakhir untuk menambah markah. Markah bonus katanya. Kumpulan yang pantas mencari silangkata berdasarkan apa yang telah kami pelajari selama 14 minggu akan diberi markah mengikut sebanyak mana yang mereka temui dalam silang kata tersebut. Namun, yang tak bestnya silang kata yang paling sikit dalam kumpulan akan dikira, Oleh itu, apa yang penting kerjasama dalam kumpulan! Setiap ahli tak boleh ada sifat pentingkan diri. Jadi kumpulan Gema Genderang dapat 14/20. Ok lah. Selepas itu dengan menggunakan kertas silang kata tu, kami diminta membuat origami berdasarkan gambar rajah yang Dr. sediakan melalui power point. Sesiapa yang lambat, slide akan diubah. Jadi setiap orang perlukan tumpuan dan daya kreatif juga untuk berfikir. Aku ni bab-bab kreatif memanglah tak reti. Bukan my type. haha. Geng-geng aku yang lain semua sibuk lipat-lipat kertas yang aku pulak sibuk-sibuk suruh diorang lipatkan. hehe…dan seperti biasa tak disangka-sangka, ahli lelaki tunggal kumpulan aku, Acap pandai juga buat origami. Maka, dengan sekali ajar, ahli kumpulan kami dapat menyiapkan juga origami ini dengan masa yang terpantas dan kumpulan kami jadi kumpulan pertama yang dapat menyiapkannya. Dapat markah bonus lagi. Syukur! Chayok2 Gema Genderang!
CerIta punya cerita sampai aku tak sedar rupanya dah 10 page pun aku menaip ketika dan kalimat ni. Masa mula-mula dapat assignment terakhir ni memang bengang gila sebab ingatkan dah tak ada assingment lagi hai pening jugak 10 page nak taip pasal perasaan dan pengalaman yang dirasakan oleh diri sendiri sepanjang kelas BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia. Dahlah tu single spacing tapi bila dah mula menaip barulah kita akan rasa tak cukup kata-kata pulak nak meluahkan perasaan dan pengalamn sendiri sepanjang 14 minggu belajar dengan Dr. Normaliza dan Cik Aliaa.

Sebelum aku mengakhiri kata-kataku ini, aku juga ingin mencoretkan penghargaan buat Dr. Normaliza, Dr. Arbaie dan Cik Alia di atas curahan ilmu mereka yang tidak terhingga juga untuk teman-teman seperjuangan dan ahli kumpulan aku Gema-Genderang satu nama yang Dr. tak berapa suka nak dengar sebab bunyinya agak konvensional tapi apa pun kalian memang best. Terima Kasih semua. Aku juga mohon maaf andai ada tersalah bahasa, tersilap kata, kerana aku hanya insan biasa. Dr. Normaliza dokanlah kejayaan kami. Terima Kasih banyak.

Air sirap daun selasih,
Terima Kasih!

Jika ada sumur diladang, boleh kami tumpang mandi
Jika ada umur panjang kami nak belajar lagi!

No comments:

Post a Comment